Didoakan rakan2 semua sentiasa berada di bawah RAHMAH dan MAWADDAH ALlah........
N3 kali ini berkisar tentang beberapa idea deko untuk tatapan anda semua.Untuk sambutan aidil fitri yang baru lalu, tidak banyak perubahan yang saya lakukan untuk hiasan dalaman ruang kediaman kami sekeluarga. Hanya susunan perabot sahaja yang ditukar. Kerja cat-mengecat pun, hanya dilakukan pada ruang sekitar tangga naik ke atas sahaja. Yang lainnya, masih kekal seperti sebelumnya. Untuk aksesori pula, saya just gunakan apa yang ada; yang baru pun hanyalah lampu terendak tinggi (stand lamp) dan jambangan bunga pada meja bulat sahaja. Tema tahun ini, Ringkas dan Jimat......
Jom, jalan-jalan.......
Sebelum.....
Dinding ni dahulunya stripe creme-vanilla...
Dinding di bawah tingkap kecil tu
dahulunya stripe sky blue-white...
Sebelum...
Dinding ni tak siap lagi sepenuhnya;
Cadangnya warna pink tu nak
diselang-selikan dengan cat putih
kekuningan agar membentuk stripe
seperti pada dinding tangga...
Sebelum...
tangga, saya lekatkan sebatang
'kayu railing' yang telahpun saya
'stand lamp' berterendak ini, saya
beli di kedai menjual barangan
perabot hotel terpakai...
Skrin kayu penghadang tu,saya letakkan di sudut
ruang tamu untuk mendapatkan tema
'kayu ala inggeris' yang memang menjadi
Ruang tamu utama masih mengekalkan
ciri keinggerisan tetapi dengan
aksesori yang minima...
Sebelum...
Untuk langsir, hanya bahagian kepala langsir
sahaja yang saya tukarkan baru...
Rasanya cukup sampai di sini dahulu buat kali ini. Semoga apa yang dipaparkan dapat memberikan sedikit cetusan idea dekorasi untuk anda semua. Apa yang baik itu daripada ALlah dan yang kurang itu adalah dari kelemahan diri saya sendiri......


















awak skrin kayu penghadang tu awk beli kat mana? brp harga dia..sy dah lama nk carikk
ReplyDelete